masa pun kian berlalu,
dan usia pun kian menginjak.
mengintai-intai sebalik tirai masa,
yang sering tak menunggu,
kita masih terbiar di suatu sudut lesu.
Lesu dengan dunia yang sementara.
Selalu kita lupa pada apa tanggungjawab kita dalam hidup.
Memang tidak adil terasa pada sesuatu yang memedihkan hati.
waktu kau maafkan apa yang telah berlalu..
dan kau lepaskan sebuah memori yang menghiris jiwa,
kau bawa bersama sekeping hati yang ditoreh untuk
kau baluti.
hati itu barangkali kini tak berdarah lagi,
tapi jadi beku dengan darah yang telah mati.
ya.aku bersuara ibarat hanya jiwa aku yang terluka.
seolah hanya aku seorang yang layak merasa sakitnya.
sedangkan aku tau.banyak hati yang terluka kerana aku.
Lantas adakah kau berani untuk menyalahkan aturan Allah?
Kau bongkak riak dan sombong dengan ceritera PenciptaMU yang lebih mengetahui?
Yang lebih tahu dalam hati manusia walau kau mahu menyembunyikannya.?
Yang lebih mengerti akan air matamu,
Yang lebih mengerti detak jantungmu itu?
Beranikah kamu?
adik aku selalu kata " dah tua tapi suka sangat beremosi"
yang seorang lagi kata,
" Cuba kurangkan marah-marah.Mesti ada orang meminang akak pastu"
secara teknikalnya aku hanya mampu tersengih sinis dan terluka dengan kata-kata itu.
aku selalu rasa..ya..aku ada bermacam-macam rasa.
hakikat itu memang pahit.
dan yang pahit itu juga harus aku telan.
dan walau sebanyak mana pun pahit yang aku telan,
masih jua kucari yang pahit itu.
sakit.
sakit sangat.
Allah sahaja yang maha tahu rasa sakitnya.
Luka.
Luka sangat.
Macam jantung ditarik-tarik.
Macam hati dirobek-robek.
barangkali blog ini memang layak digelar blog emosi.
aku, yang selalu cepat tersentap.
selalu mudah terasa.
aku yang begitu laju tersentuh dalam hati.
sungguh.
kadang-kadang aku benci dengan perasaan ini.
aku benar sungguh mahu menariknya keluar dari relung dada.
peritnya aku tak sanggup menanggung.
Tapi Allah yang memegang hati-hati.
langsung DIA yang meletakkan sekelumit perasaan.
maka jangan sesekali menyalahkan takdir.
Kerana hidup ini rahsia Allah.
Jodoh,pertemuan,ajal,maut di tangan Allah.
perlu berapa ribu kali peringatan itu?
perlu berapa kiraan harus kau buka mata?
harus kau sedar akan hakikat,,kenyataan,dan kebenaran sebuah realiti itu?
it hurts me to hurt u.
and i kept on hurting myself for no reason.
Ya Allah, please take away all my sins from all this hurting.
Please dont let me be cruel to myself.
it hurts me to hurt u.
and i kept on hurting myself for no reason.
Ya Allah, please take away all my sins from all this hurting.
Please dont let me be cruel to myself.
Remember who you are.
Remember, setelah setiap kesulitan itu ada kemudahan.
Setiap kesulitan itu ada kemudahan.
Your words does not reflect your actions.
So, stop and look into the mirror.
Stop,step back, and feel you heart.
trust your heart.
believe in your instinct.
and have faith in Allah.
Never stop believing,
because the truth is,
"women of purity are for men of purity and men of purity are for women of purity" (Qur'an 24:26).

tentang hakikat dan tentang realiti,
tentang qadha, dan tentang Qadar Allah.
Tentang redha dan tentang pasrah.
Tentang melepaskan dan dilepaskan.
Tentang tinggal dan meninggalkan.
Tentang pergi, dan takkan kembali.
tentang hati, dan tentang mati.
tentang neraka, dan syurga firdausi.
Ke manakah gelak ketawa bahagia itu
setelah hilang titis perasaan?
biarlah tinggal kering dan kontang,
daripada bernaung dalam jiwa tak bertuan.
hidup mamai terawang-awang dibuai perasaan.
fantasinya mimpi semalam masih terbawa-bawa dalam igauan.
bodohnya impian dahulu yang kelihatan indah dan mendamaikan.
akukah gadis itu yang hanya dilukis atas kanvas,
kaku dan beku,
sekadar cantik dalam pandangan.
pandangan mata atau pandangan hati,
segalanya aturan Tuhan.
"If it aint good, please take it away from me."
"if it aint better, please take it away from me."
dan betapa manisnya kata-kata ini..
"i cant even see your face,
i cant even hear you voice,
i cant even smell you scent,
you must be the one Allah sent"
~ Muslim Bilal.
2011 suatu tahun merindu,
tahun menerima takdir,
tahun mengambil peluang,
tahun mendapat rezeki,
tahun yang menguji namun kurang terisi,
tahun yang mengubah umur dan kematangan,
tahun yang memberi pengajaran yang terlampau banyak.
tahun penuh rahmah walau tersingkap dosa yang silam.
tahun yang memberi seribu erti dalam hidup.
tahun yang sangat mengelirukan,
namun juga sangat menyentuh hati.
2011, pergilah dengan aman.
aku tak mahu lagi kau di sini.
Insyaallah, 2012 sedang menantiku untuk dijelang.
tahun untuk melepaskan rindu.
tahun mengaut peluang beribu.
tahun mencari kelebihan diri.
tahun jadi berani pada yang benar.
tahun untuk tidak takut menyuarakan prinsip.
tahun untuk menggapai lebih tinggi.
tahun untuk menggenapi langit cinta Illahi.
tahun untuk bangkit dan tidak mengalah dengan asakan dunia.
tahun untuk menentang kejahilan,
dan mengembalikan yang hak pada tempatnya.
tahun untuk jadi wanita yang sebenar-benarnya.
Wanita solehah di mata Allah,
dan penghormatan yang sesungguh dari hati.
tahun untuk mencari pembimbing hidup,
dan tahun untuk menyemai kasih nan abadi.
Ya Allah,bantulah aku meniti titianMu
Biarpun berliku,aku mohon,usahlah kau biarkan aku sendirian.
Semoga, pasti tercapai nanti.
Insyaallah.
*inspired by ibn taymiyyah's "essay of the heart"



1 comments:
hmmmm betapa syahdunyee tatkala membce..walau ia sekdar picisan yg sgt ringkas..tp ia mmpu menggetarkan hati ini...semoga diberkati apa yg kalian lakukan..amin <3
Post a Comment