Alhamdulillah kita sama-sama dapat menggapai hari ini sekali lagi.
Dengan tekad dan dengan azam yang disemai,
semoga tercapai segala yang diimpi.
Mengenang resolusi tahun baru yang lalu,
masih banyak yang dalam senarai tidak terlunas.
Tetap jua keteguhan hati itu tidak tegar melawan arus.
masih lagi jiwa tandus merangkak membelah hidup.
sedang dalam tergapai-gapai tetap jua meneruskan langkah dengan perlahan.
semoga arahnya masih tepat di minda.
Harapnya dengan cita-cita tersemat manis dalam dada,
cekal jualah hati yang porak peranda merangka kisah hidup.
bingkas dalam denai kasih yang dikutip sedikit sana,
sedikit di sini,
masih menapak kemas mencari derap berisi makna.
cuba menggenggam hati dengan cinta terangkul di jiwa.
I tripped over once in a while.
Still feeling the truth in myself as life brings me on.
met few faces of love and lust.
met some memories of beautiful pasts.
the memories that never repeats itself.
the memories that makes me smile.
bara cita-cita masih bergema di hati.
impian dan harapan pada masa lalu mengiring diri ke daerah sepi.
lantas kalau sepi itu yang bakal mengisi hati,
barangkali yang kosong itu bisa bertemu dengan "roh"nya
biar berpenghuni.
need a "soul".
meaningful meanings.
of love and life.
berulang kali kumencuba memujuk hati..
lupakan semua..kenangan..
namun mimpi bertamu lagi...
sungguh, ingin bangun daripada tidur yang nyenyak.
mahu bingkas meninggalkan mimpi-mimpi semalam.
harus sadar akan kehadiran realiti.
bukan twilight .
bukan bella dan edward cullen.
cuma nuha di sini.
dalam bingung bersendiri,
ku mencari erti.
erti hidup,, erti mati.
erti diri ini, wujud di duniawi.
nyata telah datang.
jelas sudah terbentang.
tinggal jiwa yang masih melayang..
mahu terbang bagai sang helang..
pulanglah ke asalmu.
pulang lah ke hatimu.
pulanglah dalam dirimu.
di situ malah bakal kau temui..
kamu yang kamu mahu.
kamu yang kenal aku.
I will never stop what I'm doing just because someone else can't see my vision and my
dreams... They are for me to see and for me to live with.
dreams... They are for me to see and for me to live with.
p/s : Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.Salam Maal Hijrah.. semoga awal muharam kali ini membawa cita-cita dan impian yang melembutkan hati. Insyaallah~

0 comments:
Post a Comment