Waktu itu hujan baru selesai rintik-rintik,
Mentari pula di hujung mata menarikan wajah bersinarnya.
Sungguh,aku tak jumpa.
Sungguh, aku tak lekang dengan waktu,
Masih aku mencari pelangi itu.
Tak juga dia muncul menemui aku.
Pernah suatu ketika aku menganyam impian sebuah semalam.
waktu itu,
langit begitu biru sekali.
awan putih berpusu-pusu comel membentuk.
Macam gula-gula kapas.
Tentu manis kalau dapat dirasa.
aku tersenyum melihat awan yang comel itu.
indah di pandangan.
Namun tak pernah dapat disentuh.
Pernah suatu ketika,aku menanti angin.
Waktu itu, panas terik sekali.
Matahari begitu tegak di paksi bumi.
Namun tak seulas daun pun bergoyang.
Tak sedebu bergerak sendiri.
Aku tak dapat merasakan angin itu.
Aku hilang dalam kehangatan panasnya hari.
pernah suatu ketika, aku berangan-angan.
Berangan hujan turun, supaya aku dapat merasakan sejuknya bumi.
mengimpikan tingkap bilikku diketuk-ketuk air langit yang suci itu.
Kumohon rahmat,
kumohon berkat.
Aku mahu berada dalam waktu makbulnya doa yang kunanti-nanti.
Pernah suatu ketika,
aku bermimpi.
Aku tersadai dalam lautan impian yang ditunggu untuk direalisasi.
dalam kabur mimpi itu,
kulihat engkau, yang tak pernah kukenali.
Kulihat kamu yang menganyam mimpi,
bersama aku.
Tapi sungguh aku tahu.
kita selalu meminta-minta pada sesuatu yang tiada.
Kita selalu lupa menghargai pada apa yang ada di depan mata.
Sama ada kita yang buta,
atau kita buta hati.
atau sememangnya kita yang membutakan mata dan hati.
We chose to be happy.
We chose our own path.
Jalannya sudah terbentang.
Ruangnya sudah sedia terhidang,
Tinggal menanti untuk dijelang.
Maka pilihlah dengan matang.
Pilihlah jalan yang membawa tenang.
Bukan kesedihan memanjang.
Bukan air mata yang sengaja diundang.
Beratnya waktu itu.
Waktu langit terasa gelap,
dan guruh bagaikan halilintar.
lenyapnya kisah semalam,
terkubur dalam pasiran pantai yang berjuta.
Sukarnya waktu itu.
Buat melepaskan bayanganmu di atas pasir,
menghapus bayanganmu dari lautan,
memadam ingatanmu dari igauan.
membiarkan dedaunan layu gugur kerana di pokok itu,
kita bertemu, dulu.
Dan hanya melihat bintang tanpa ada ingatan tentangmu.
Melihat gelap malam dengan bulan purnama tanpa datangnya kamu.
Merelakan pemergianmu ibarat sesuatu yang tak mungkin terjadi.
Yang bagi aku tak pernah kutahu jalan ke sana.
Yang bagi aku,
percubaan yang sia-sia.
Kerana aku,
Selalu kalah dengan perasaan.
Sering gagal dengan emosi,
Pantas memberi ruang pada hati yang membenci.
Aku selalu lupa,
Yang marah itu tak bawa ke mana.
Yang benci itu hanya mengundang derita.
Dan dendam itu sekadar memanggil sebuah bencana.
Sekarang aku benar-benar sedar.
Angan-angan dan mimpi itu sememangnya mimpi aku.
mimpi untuk menggapai hajat di hati.
Aku tahu, aku tak pernah redha.
Aku selalu memarahi diri.
Sering membenci diri.
selalu menyalahkan diri sendiri.
Dendam ini benar-benar memakan hati.
Dan antara ruang yang benar itu banyak kepahitannya.
Langsung antara sesuatu yang silap itu, banyak bahagia sementaranya.
Aku pula, naif lurus..
Selalu mendepankan hati.
Selalu mendepankan hati.
Selalu mendepankan hati.
Dalam hidup ini, cuma ada dua pilihan masa.
Antara sekarang,
Lakukannya.
Atau kemudian, and regret after.
Antara kebenaran, dan kebatilan.
sama ada pilih jalan yang benar,
langsung harus melalui rintangan ke sana.
Atau pilih kemahuan hati,
yang silap.yang selalu silap.
dan yang selalu silap.
Selalu silap menelah.
Selalu silap meneka.
Selalu silap menjangka.
Selalu silap.
selalu silap.
Tak mengapa kalau kita silap.
Kerana kita manusia biasa.
Kita takkan pernah sempurna.
Dan tak mengapa kalau orang lain silap.
Kerana mereka juga manusia.
Dan mereka juga,
takkan pernah sempurna.
Selalu saja rasa amarah,
perasaan dendam.
disimpan dalam.
Kemas-kemas dibalut hati.
kadang-kadang sampai suatu ketika,
kain pembalut juga sudah dipenuhi dengan darah,
masih juga ingin dibaluti..
tak mengapa kalau ubatnya tak berkesan sekarang.
mungkin ubatnya sedang menanti untuk dijumpai.
Tak mengapa,
Kalau hatimu tak terubat sekarang,
dulu, atau bila-bila.
kalau kamu cari jalan yang betul,
ubat itu sedang di situ menunggu kamu.
Tak mengapa,
aku memujuk hati lagi.
Tak mengapa hati,
Aku tahu kau tegar.
parut-parutmu itu parut berlawan dengan kehendak,
parut berlawan dengan amarah.
parut berlawan dengan dendam yang dipendam.
Tak mengapa hati.
Teruskanlah berlawan..
Jangan pernah berhenti walaupun sekali.
Kerana dengan berlawan itu..
Siapa tahu..
Kau barangkali mampu mati syahid..
dalam dakapan indahnya Islammu..
p/s : Selamat tahun baru semua~ semoga tahun baru kali ni membawa kita lebih jauh dalam menilai erti
perjuangan hidup yang sebenar.Semoga hati kita lebih kental,lebih tegar,lebih teguh,lebih kukuh,lebih utuh dengan iman,lebih sabar dengan ujian,lebih tenang dalam kesusahan.Insyaallah.
p/s no. 2 : hehe. sangat suke ngn rupa blog baru aku ni!blog tahun baru!! yeayy~ ^_*




